KUALA LUMPUR: Bekas isteri Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi memberitahu Mahkamah Majistret, di sini, hari ini bahawa beliau terpaksa bekerja sambilan sebagai penjual makanan serta melakukan kerja-kerja dekorasi rumah bagi menanggung perbelanjaan anak-anaknya selepas bergelar ibu tunggal.
Emilia Hanafi, 43, berkata, beliau memilih untuk bekerja sambilan kerana perlu menguruskan persekolahan tiga anak lelakinya yang berumur 17, 12 dan 10 tahun, termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.
"Saya menanggung anak-anak dengan menjual makanan yang dimasak dari rumah," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin pada perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Emilia.
Saksi pendakwaan ketujuh itu berkata, pekerjaan sambilan itu dilakukan untuk menanggung keluarga termasuk tiga anak lelakinya kerana nafkah interim RM2,000 yang diterima bagi setiap anaknya adalah tidak mencukupi.
"Buat masa ini, saya bersama tiga anak menumpang di rumah ibu bapa saya," katanya dalam nada sebak.
Emilia memberi keterangan hari ini selepas mahkamah membenarkan permohonan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal untuk Emilia dipanggil memberi keterangan walaupun pihak pendakwaan membantah permohonan itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria bagaimanapun, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan semakan undang-undang terhadap perintah mahkamah itu supaya Emilia memberi keterangan hari ini.
Sepatutnya, hari ini saksi pendakwaan keenam, Elisa Nani iaitu adik perempuan Emilia disoal balas oleh peguam, namun Akberdin memohon supaya Emilia dipanggil untuk memberi keterangan terlebih dahulu kerana beliau saksi penting pendakwaan.
SM Faisal, 43, didakwa mencederakan Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, di sini, antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 Nov 2015.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung 28 Feb ini. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023
Emilia Hanafi memberitahu beliau terpaksa bekerja sambilan sebagai penjual makanan serta melakukan kerja-kerja dekorasi rumah bagi menanggung perbelanjaan anak-anaknya selepas bergelar ibu tunggal. - Gambar BERNAMA
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Kes saman SM Faisal terhadap Mona Din selesai secara baik
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili SM Faisal berkata kes itu berjaya diselesaikan secara baik dan penghakiman persetujuan telah direkodkan oleh mahkamah berdasarkan terma penyelesaian.
Makluman penyelesaian saman SM Faisal, Caprice Jumaat ini
Mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk memaklumkan mengenai penyelesaian penuh kes saman fitnah ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice.
Perbicaraan kes saman fitnah SM Faisal, Caprice Oktober ini
Perbicaraan kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice berhubung kes memuat naik hantaran berbaur fitnah ditetapkan bermula 4 hingga 6 Oktober.
"Saya jual makanan untuk tanggung tiga anak" - Emilia
Emilia bekerja sambilan kerana perlu menguruskan persekolahan tiga anak lelakinya termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.
Bicara kes SM Faisal: Anak lelaki sambung beri keterangan 13 Jan
Anak lelaki SM Faisal dan Emilia Hanafi akan menyambung keterangannya pada 13 Jan ini.
SM Faisal, Caprice bincang selesai kes saman - Peguam
Pihak-pihak dalam kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice sedang berusaha menyelesaikan kes itu secara baik sebelum perbicaraan bermula pada 4 Okt 2023.
Waran tangkap dikeluarkan terhadap Emilia
Emilia Hanafi dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur kerana gagal hadir dalam prosiding lawatan tiga anaknya.
SM Faisal kekasih Emilia yang serius: Adik Emilia
SM Faisal telah bertemu dengan Emilia semasa bermain kasut roda ketika remaja.
SM Faisal saman Caprice atas dakwaan memfitnah berhubung kes Emilia
SM Faisal SM Nasimuddin memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice, atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya.
12 keping foto dirakam di rumah SM Faisal - Jurufoto polis
Kesemua gambar itu dirakam pada 27 Nov 2015 selepas beliau menerima arahan daripada pegawai penyiasat kes itu iaitu Inspektor Rosnani Ramli.